Click image to view larger on black
Perkahwinan dan Kematian…
Dalam kedua-dua situasi ini, kita boleh tahu adakah kita benar2 memberi kesan kepada hidup seseorang yang di sekeliling kita itu atau pun tidak…
Tak faham?? Fikirlah dalam-dalam…
The Fallen : Bukan sekadar tajuk movie kedua ini, tapi nama watak leader Decepticon, lebih otai dari Megatron.
Rumusan movie:
Tentera US berkerjasama dengan Autobots untuk cari saki baki Decepticon yg bersembunyi di pelusuk dunia.
Diorang (tentera US + Autobots) dapat jumpa Decepticon yg besar nak mampus tu kat China, so tangkaplah ramai2, tapi memang besar giler la Decepticon yg ni… Macam la kemusnahan kat China tu sebab nak tangkap yg jahat sekor tu..
Gomen China komplen kat US, banyak sangat kemusnahan masa tangkap Decepticon tu, so gomen US decide untuk tutup operasi kerjasama dengan Autobots sebab banyak nak tanggung kemusnahan selama nih.
(skip)
Sam Witwicky terjumpa serpihan Allspark kat umah dia, bila tersentuh Allspark tu, ada kuasa yang meresap masuk dalam otak dia memberitahu lokasi Matrix Key & Energon (mesin pemusnah matahari yg dicipta oleh robot2 pada masa dulu untuk menuai Energon di bumi, takut pupus kalau tak simpan benih2 robot untuk masa depan, terletak dalam piramid di Mesir.)
(skip)
Dalam masa yang sama, spy2 Decepticon monitor aktiviti manusia yang ada kena mengena dengan Allspark sebab ada serpihan tu yang US simpan. Decepticon nak serpihan tu untuk hidupkan Megatron balik. So pendek cite, dapat jugak la Decepticon jumpa serpihan tu, dan hidupkan balik Megatron.
Megatron da hidup, The Fallen suruh dia cari Energon (ke Allspark.. aku pun da lupa) kat Bumi. Decepticon kejar Sam, Autobot cover, Megatron bunuh Optimus Prime. Optimus Prime mati.
Dalam adat melayu, untuk menikahi wanita idaman hati, keluarga atau wakil si lelaki ini akan datang merisik untuk bertemu dengan keluarga wanita itu untuk menyatakan hasrat si lelaki ini. Bersama rombongan ini, disertakan sekali dengan buah tangan dan kadang kala sebentuk cincin untuk mengikat perjanjian yang bakal dimeterai semasa majlis merisik ini…
Setelah selesai majlis merisik, ada pula rombongan meminang atau pun bertunang untuk menandakan perjanjian yang telah termeterai dulu bakal diabadikan dengan ikatan perkahwinan..
Rombongan merisik/bertunang pada zaman kini biasanya dilihat si ‘lelaki’ turut serta bersama rombongan.. Adakah situasi ini sesuatu yang kita rasakan sepatutnya atau sebaliknya??
Tadi lunch dengan opismate kat McDonalds Mutiara Damansara… Order da dapat, pegila bawak makanan kat luar konon nak makan sambil berasap la ala2 naga.. Pastu tinggalkan meja jap aku nak amik sos, opismate aku nak pi kaunter amik Black Pepper.. Dia sampai meja balik burger tadi beli dua, tiba2 tinggal satu je… Aik??
Lokman kepenatan bergambar sampai lewat petang huahuahuahua!!!!!
Photographed by Kamerakahwin.com
(Click image to view larger on black)
Recent Comments